Eksperimen
: Mengenal pasti keperluan asas tumbuhan.
TUJUAN
Untuk
menunjukkan bahawa tumbuhan memerlukan udara, air dan cahaya matahari.
HIPOTESIS
Keperluan
asas tumbuhan adalah air, udara dan cahaya matahari.
PERNYATAAN
MASALAH
Adakah
tumbuhan memerlukan air, udara dan cahaya matahari untuk hidup?
RADAS DAN
BAHAN
Pasu, beg
plastik, kotak, pokok keembung, tanah dan air
FAKTOR
YANG PERLU
a)
ditetapkan : jenis tumbuhan
b) diubah
: kehadiran air, udara dan cahaya
matahari
c) diukur
: pembesaran sama ada subur atau
tidak.
PROSEDUR
Rajah di atas menunjukkan empat buah pasu ditanam dengan pokok keembung
1. Empat
pasu pokok keembung dilabel sebagai P, Q, R dan S.
2. Pokok
keembung di dalam pasu P dibungkus dengan beg plastik
3. Pokok
keembung di dalam pasu Q diletak di dalam sebuah kotak
4.
Pokok-pokok keembung di dalam pasu P, R dan S diletak di luar bilik darjah. Pokok keembung di dalam
pasu Q diletak didalam bilik darjah.
5.
Pokok-pokok keembung di dalam pasu P, Q,
dan S disiram setiap hari. Jangan siram pokok keembung di dalam pasu R.
6. Keadaan
semua pokok tersebut diperhatikan selepas lima hari.
PEMERHATIAN
Pasu P
: Tidak subur
Pasu Q :
Daunnya bertukar menjadi kuning.
Pasu R :
Menjadi layu
Pasu S :
Subur
PERBINCANGAN
1. Pokok di
dalam pasu P tidak subur kerana tidak
mendapat udara yang mencukupi untuk menjalankan respirasi.
2. Daun
pokok di dalam pasu Q bertukar
menjadi kuning kerana tidak mendapat cahaya matahari
3. Pokok di
dalam pasu R menjadi layu kerana
tidak mendapat air.
4. Pokok di
dalam pasu S membesar dengan subur
kerana mendapat udara, cahaya matahari dan air.
KESIMPULAN
Keperluan
asas tumbuhan adalah udara, cahaya matahari dan air.
SEMOGA
EKSPERIMEN DI ATAS DAPAT MEMBANTU KEFAHAMAN TERHADAP KEPERLUAN ASAS TUMBUHAN.