Saturday, August 31, 2013

Eksperimen 1

Keperluan asas tumbuhan


Eksperimen : Mengenal pasti keperluan asas tumbuhan.
TUJUAN
Untuk menunjukkan bahawa tumbuhan memerlukan udara, air dan cahaya matahari.

HIPOTESIS
Keperluan asas tumbuhan adalah air, udara dan cahaya matahari.

PERNYATAAN MASALAH
Adakah tumbuhan memerlukan air, udara  dan cahaya matahari untuk hidup?

RADAS DAN BAHAN
Pasu, beg plastik, kotak, pokok keembung, tanah dan air

FAKTOR YANG PERLU
a) ditetapkan   : jenis tumbuhan
b) diubah        :  kehadiran air, udara  dan cahaya matahari
c) diukur         :  pembesaran sama ada  subur atau tidak.

PROSEDUR


Rajah di atas menunjukkan empat buah pasu ditanam dengan pokok keembung

1. Empat pasu pokok keembung dilabel sebagai P, Q, R dan S.
2. Pokok keembung di dalam pasu P dibungkus dengan beg plastik
3. Pokok keembung di dalam pasu Q  diletak di dalam sebuah kotak
4. Pokok-pokok keembung di dalam   pasu P, R dan S diletak di luar  bilik darjah. Pokok keembung di   dalam pasu Q diletak didalam  bilik darjah.
5. Pokok-pokok keembung di dalam  pasu P, Q, dan S disiram setiap hari. Jangan siram pokok keembung di   dalam pasu R.
6. Keadaan semua pokok tersebut  diperhatikan selepas lima hari.

PEMERHATIAN
Pasu P  : Tidak subur
Pasu Q : Daunnya bertukar menjadi  kuning.
Pasu R : Menjadi layu
Pasu S : Subur

PERBINCANGAN
1. Pokok di dalam pasu P tidak subur  kerana tidak mendapat udara yang  mencukupi untuk menjalankan   respirasi.
2. Daun pokok di dalam pasu Q   bertukar menjadi kuning kerana   tidak mendapat cahaya matahari
3. Pokok di dalam pasu R menjadi   layu kerana tidak mendapat air.
4. Pokok di dalam pasu S membesar  dengan subur kerana mendapat  udara, cahaya matahari  dan air.

KESIMPULAN
Keperluan asas tumbuhan adalah udara, cahaya matahari dan air.


SEMOGA EKSPERIMEN DI ATAS DAPAT MEMBANTU KEFAHAMAN TERHADAP KEPERLUAN ASAS TUMBUHAN.

No comments:

Post a Comment